#music{ position:fixed !important; left:10px; padding-top:12px; top:10px; padding-bottom:12px; height:30px; width:50px; overflow:hidden; border:3px solid #F6CED8; -moz-border-radius: 17px 17px 17px 17px; border-radius:17px 17px 17px 17px; -webkit-transition: opacity 0.7s linear; -webkit-transition: all 0.7s ease-in-out; -moz-transition: all 0.7s ease-in-out; -o-transition: all 0.7s ease-in-out; background: #fff; z-index:999; font-family: short stack; font-size:13px; } #music:hover{ border:2px solid #DF01D7; padding:5px; height:90px; width:200px; -moz-border-radius: 0px 0px 0px 0px; border-radius:0px 0px 0px 0px; }

Tuesday, September 4, 2012

~ MEMBAWA DIRI SETELAH KAU CURANGI ~





Sakitnya hati ini apabila melihat kau bersama dengannya,,,
begitu mesra kau bersama dengannya,,,
berjalan berpimpin tangan penuh mesra seakan ini dunia kau dan dia,,,
tapi bagaimana tegarnya kau menyakiti hatiku ini,,,
setelah kau semaikan hati ini dengan baja CINTAmu di dalam hati ku ini,,,
sampainya hatimu curang di belakang aku tanpa pengetahuanku,,,
kini ku melihat dengan mataku sendiri kecuranganmu bersama dengannya,,,
alangkah bahagianya orang yang kau bersama kini adalah aku bukannya dia,,,
tapi itu hanya khayalan ku saja untuk menyedapkan hati ini,,,,
tapi ku tidak boleh menolak kebenaran yang ada di hadapan mataku ini,,,
akan kewujudan kau bersama dengannya penuh kebahagiaan,,,
ku tahu kau tidak mengetahui akan kehadiranku di situ,,,
malah kau tidak nampak diriku di situ kerana aku berada jauh denganmu,,,

Dalam diam ku melangkah pergi,,,
pergi meninggalkan kau dan dia bahagia bersama,,,
tanpa sebarang kata, aku pergi membawa hati penuh luka,,,
hati yang kau lukai tika ini tanpa kau peduli,,,
dengan separuh kekuatan yang ada, ku gagahi jua pergi meninggalkan kau,,,
meninggalkan tempat yang membawa kenangan kau dengan aku dulu,,,
kenangan yang bakal menyakitkan hati ini dengan parah,,,
sebelum hati ini di sakiti dan terus di sakiti aku perlu pergi,,,
pergi jauh dari dunia yang bukan lagi menjadi kenangan kita,,,,
bahkan dia akan menjadi satu pisau belati yang menikam hati ini jika aku kenangkan kembali,,,
oleh itu aku perlu pergi tanpa kau ketahui akan pemergianku,,,

janganlah kau mencari diri ini yang telah kau lukai dalam diam,,,,
tanpa kau sedari akan kesilapan yang amat menyakitkan hati ini,,,
ku tahu diri ini telah banyak membuat salah padamu,,,
mungkin dengan kesalahan yang aku lakukan padamu membuatkan kau curang di belakangku,,,,
tapi walaupun aku salah, aku tak pernah curang di belakangmu,,
malah aku setia dengan CINTAku dan CINTAmu,,,
ataupun CINTA yang kau berikan padaku adalah palsu buatku,,,
tapi ku masih mampu boleh bersyukur kerana kau memberi kebahagiaan dalam hidupku,,,
walaupun kebahagiaan itu hanya sekejap bukan buat selamanya ku tetap bersyukur,,,
sekarang perasaanku bercampur dengan rasa amarah,sakit hati,kecewa,sedih dan buntu,,,,
ku tidak tahu apa yang patut aku lakukan,,,
yang pasti cuma satu dalam fikiranku yang bermain di fikiranku,,,
meninggalkan kau bersama dia tanpa aku di sisimu selamanya,,,
mungkin itu membuatkan kau bahagia bersama orang yang benar-benar kau CINTAI,,,

sebelum ku melangkah pergi, ku meninggalkan sepucuk surat padamu,,,,
ku luahkan segalanya di situ semuanya perasaan yang aku ada,,,,
mungkin tindakan ku ini akan mengundang rasa bersalahmu padaku,,,,
tapi itu semua tidak penting bagi ku dan dalam keputusanku,,,
yang penting aku dapat meluahkan segalanya di sepucuk surat merah untukmu,,,,
mungkin kau akan anggap surat CINTA untukmu,,,
sememangnya surat CINTA pasti berwarna merah untuk pasangannya,,,,
tapi bagi aku kini merah itu seperti darah yang mengalir di atas kertas itu,,,
darah yang penuh rasa kecewa pada hati yang kau tikamkan di hati ini,,,
aku telah pergi dari hidupmu dengan kesakitan yang kau beri,,,,
sememangnya itu aku lakukan kini untuk kau bahagia,,,
terimalah surat kematianku padamu dengan darah yang mengalir di sepucuk surat yang mungkin di tanganmu
kini,,,,
anggap saja aku sudah mati meninggalkan dunia ini dan kau selamanya,,,,
anggap saja aku tak pernah wujud di dalam hidupmu yang amat membahagiakan diriku,,,

Jika kau pernah bahagia di samping aku,,,,
anggap saja aku peri kecil yang pernah hadir dalam hidupmu,,,
walaupun sekejap saja aku hadir dalam hidupmu asalkan aku nampak wajah bahagiamu tika kau bersamaku,,,
dengan linangan airmata kecewa dan sedih ku melangkah pergi,,,
walaupun separuh kekuatan kau ambil dariku namun ku gagahkan jua meninggalkan kau,,,
selamat tinggal yang bukan lagi kekasih buatmu,,,
berbahagialah kau bersama yang amat kau CINTAI itu,,,
senyumlah penuh bahagia bersamanya dengan perasaan yang ada dengannya,,,
janganlah kau kecewakannya seperti kau kecewakan aku,,,,
ini saja yang mampu aku berkorban demi membahagiakanmu dan dia,,,
terima kasih atas CINTA yang kau terbitkan dalam hati ini dalam hubungan kita,,,,
yang pasti, ku tidak lagi hadir dalam hidupmu lagi buat selamanya,,,, 


No comments:

Post a Comment