#music{ position:fixed !important; left:10px; padding-top:12px; top:10px; padding-bottom:12px; height:30px; width:50px; overflow:hidden; border:3px solid #F6CED8; -moz-border-radius: 17px 17px 17px 17px; border-radius:17px 17px 17px 17px; -webkit-transition: opacity 0.7s linear; -webkit-transition: all 0.7s ease-in-out; -moz-transition: all 0.7s ease-in-out; -o-transition: all 0.7s ease-in-out; background: #fff; z-index:999; font-family: short stack; font-size:13px; } #music:hover{ border:2px solid #DF01D7; padding:5px; height:90px; width:200px; -moz-border-radius: 0px 0px 0px 0px; border-radius:0px 0px 0px 0px; }

Monday, September 17, 2012

~ WAJAHNYA MIRIP ARWAH KEKASIHKU ~





Terjaga dari tidur ku mula terfikir bahawa aku hanya bermimpi,,,
Mimpikuseakan nyata ku alami, seperti bukannya mimpi,,,
Seperti roh ku merayau berlegar-legar entah kemana,,,
Berjalan pergi entah ke alam mana ku sendiri tak ketahui,,,
Pabila bangun, ku terasa badanku letih seperti tidak cukup tidur,,,

Terasa hati ini sedikit lapang fikiranku dari keperitan ku alami,,,
Ku berjalan bersiar-siar untuk membuang semua persoalanku,,,
Ku menghirup udara segar dengan dada dan fikiran yang lapang,,,
Tapi ingatanku pada nenek tua dan cucunya masih segar di ingatan,,,
Seperti baru saja berjumpa dengan mereka di alam yang nyata,,,

Bila difikirkan seperti aku berada di alam dogengan saja,,,
Dapat bermimpi pergi ke alam khayalan dalam tidurku,,,
Ku tersenyum sendiri seperti tidak dapat di terima akal saja,,,
Tapi jangan terlalu mudah menyingkirkan apa yang berlaku,,,
Mungkin dengan kuasa ALLAH aku dapat pergi ke sana,,,

Cuma kita saja tidak mengetahuinya dan tidak menerimanya,,,
Aku yang tidak terlalu memikirkan perkara itu kembali tertidur,,,
Ku mula kembali ke alam khayalanku yang berjumpa dengan nenek tua,,,
Nenek tua suka melayan karenahku berceloteh dengannya,,,
Tidak pernah ku berhenti berbual dan bertanya padanya,,,

Malah dia menjawab segala persoalanku dengan senyumannya,,,
Bila tiba cucunya berbual denganku nenek tua meninggalkan kami,,,
Mengapa cucu nenek tua mirip dengan arwah kekasihku ??
Adakah DIA sengaja menguji kekuatan hatiku menemui wajah itu ??
Adakah mahu menguatkan hati untuk meneruskan hidup ini ??

Semua itu akan terjawab bila ku menempuhinya nanti,,,
Cucunya sama seperti nenek tua yang sentiasa tersenyum,,,
Malah ramah bertanya dan berbual denganku,,,
Cuma aku saja yang kurang bersuara berbual dengannya,,,
Kerana dia tunangan orang membuatku membataskannya,,,

Mimpi ini seperti memberi ruang untuk aku berjumpa dengan dia,,,
Bersama sentiasa tanpa yang menganggu dalam pertemuan ini,,,
Dia ada juga bertanya mengenai kekasihku dan kehidupanku,,,
Ku luahkan segalanya pada dia agar dia faham akan perasaanku,,,
Cuma satu niatku bahawa ku tidak mahu merosakkan hubungan orang,,,

Ku terangkan padanya terperinci mengenai aku dan dunia aku,,,
Tapi nasib tidak menyebelahi ku tika ini,,,
Ada orang membawa berita fitnah mengenai aku dan cucu nenek tua,,,
Hatiku di landa perasaan gundah gulana berada di dunia ini,,,
Dunia yang bukan asalku di lahirkan dan di besarkan,,,

Adakah aku akan terperangkap di dunia ini selamanya,,,
Bagaimana aku hendak tidur untuk kembalu ke dunia realiti,,,
Sedangkan masalah yang berlaku sekarang tidak dapat melenakan tidurku,,,
Kami di bawa berjumpa penghulu kampung akan masalah ini,,,
Bagi menyelesaikan masalah salah faham di dunia ini,,,

Ketua kampung yang adil menyoal aku dan cucu nenek tua,,,
Kami menjawab dengan jujur lalu aku menerangkan segalanya,,,
Semua penduduk berada disitu bersama tunang cucu nenek tua,,,
Ku memberi cadangan bahawa cucu nenek tua patut di kahwinkan segera,,,
Untuk mengelak fitnah yang mula tersebar di seluruh penduduk kampung yang tidak benar,,,

Semuanya bersetuju akan cadangan yang ku berikan,,,
Ku tahu pasti ada orang tidak menyenangi cadangan ku,,,
Hatiku masih lagi tidak tenang, masih lagi berdebar kencang,,,
Kini ku berjalan pasti ada menemaniku bagi mengelak fitnah,,,
Bila ku termenung seorang diri di sungai, dalam ku termenung,,,
Tiba-tiba ku tersedar dari mimpi yang panjang,,,

(bersambung)

Sambungan pada puisi : ~ BERADA DI DUNIA YANG LAIN ~


No comments:

Post a Comment